472 kawasan di lima wilayah air Selangor iaitu Petaling, Hulu Langat, Sepang, Putrajaya dan Kuala Langat dijangka mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula jam 7:00 pagi hari ini.
Pengurusan Air Selangor Sdn Bh (Air Selangor) dalam kenyataan memaklumkan gangguan itu disebabkan henti tugas LRA Sungai Semenyih dan LRA Bukit Tampoi disebabkan pencemaran bau di stesen pam air mentah Jenderam Hilir.